Tuesday 24 May 2011

8 Mac : SASER Bertukar Nama


8 Mac 2011, menyaksikan Sekolah Menengah Sains Seremban secara rasminya telah bertukar namanya kepada nama yang baru, Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir. Majlis pernukaran nama tersebut telah dirasmikan oleh Yamtuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Mukhriz yang bertempat di
Dewan Putera.







 Tiga gambar di atas dirakamkan saat kami semua, pelajar-pelajar SASER menanti ketibaan tetamu-tetamu kehormat. Antara yang hadir termasuklah Yamtuan Besar Negeri Sembilan, Undang-Undang Luak, Menteri Besar Negeri Sembilan dan ramai lagi. Mereka tiba kira-kira pada jam sepuluh pagi.


Gambar : Ahmad Zuhdi sedang membantu Hafiz Yakkob bersiap-siap dengan uniform  PKBM Lautnya, bagi acara perbarisan menyambut tetamu kehormat yang berlangsung beberapa minit kemudian.
Jiran, 4 Theta. Entah apa yang mereka buat. Yang duduk paling hampir dengan kamera itu, Ismail. Ketua kelas mereka.


Tiga hari lagi, genaplah dua bulan nama baru itu menjadi signifikan kepada sekolah kami.
Biarpun nama yang bertukar, prestasinya sebagai yang teratas tidak akan sesekali
tumbang dan jatuh menimpa bumi.

SASER Namamu Teratas.
Takkan SASER Hilang Takhta.

Mac itu



Pagi itu kami (first intake) asyik tertinjau-tinjau keadaan di luar apabila mendapati ada muka-muka baru berkeliaran di kawasan luar kelas kami. Setelah dimaklumkan oleh bibir seseorang yang entahlah milik siapa, barulah kami tahu mereka semua pelajar-pelajar yang baru mendaftar. Alangkah seronoknya kami kala itu apabila dapat mengetahui bahawa kelas kami akan bertambah lagi bilangan ahlinya daripada angka 25 kepada angka 29. Nampaknya semakin sardinlah kelas kami yang kecil dan semestinya sempit itu.


Keesokan harinya, kami melihat ada empat orang sedang asyik berkepit-kepit sesama mereka di hujung barisan kelas kami sewaktu perhimpunan pagi. Aku bertanya pada mereka nama yang orang tua mereka kasi. Salah seorangnya, Alif Haziq. Pada waktu itu, aku lihat dia kelihatan agak 'poyo' dan wajahnya menunjukkan dia seperti tidak mahu bersahabat. Aku biarkan sahaja dia di situ lalu berkenal-kenalan pula dengan tiga orang lagi pelajar baru. Amirul Asyraf Azman dan Amirul Asyraf Zainal, nama yang sama tetapi berbeza keturunan. Satu kelas terkejut dengan kebetulan itu. Asyraf Azman datang dari Kajang dan dia pernah belajar di sebuah sekolah di Amerika Syarikat dalam tempoh beberapa tahun. Bangganya kelas kami. Asyraf Zainal pula datang dari SMK Seremban Jaya. Badan dia agak tough juga. Namun, apabila di dalam kelas aku pun tanya dia, "Main sukan apa?" Dia menggeleng. "Rugbi?" Geleng juga. Tapi tak mengapa, dia juga rajin ambil gambar macam saya. Itu sudah dikira terbaik.


Seorang lagi, Hafiz Adnan namanya. Dia dahulu sekolah Cina. Jadi, selalu jugalah kami belajar Bahasa Cina dengan dia. Wo Ai Ni...


Sejak hari itu, saya mula sedar. Kita tidak boleh menilai seseorang berdasarkan kekacakan pada wajah seseorang ataupun kecantikan seseorang. Kadangkala seorang manusia yang hodoh lebih baik dan bijak daripada si kacak yang bodoh. Nampak? Semasa orientasi seminggu tempoh hari, saya memang mempunyai perasaan seperti itu. Alangkah ruginya. Terutamanya sewaktu memilih kata-kata sorak kelas, semuanya berebut hendak tunjuk pandai, masing-masing cipta sorak sendiri. Akhirnya, kami sepakat juga memilih salah satu daripadanya. Sebab apa? Sebab yang baik itu datang kemudian dan ia, pasti akan datang. Kerana, yang buruk-buruk itu semuanya wujud kerana bagi menguji kita sama ada kita bersyukur ataupu tidak.


Saya bersyukur dengan kehadiran insan-insan baru di muka bumi SASER walaupun hati masih lagi rindu dan terpaut pada sekolah lama. Tidak salah, bukan? Cintakan luas. Makna cinta itu banyak. Moga kita dirahmati Tuhan. Amin.


Khair Zawawi

Sunday 22 May 2011

7 Februari 2011

Kisah kami di Sekolah Menengah Sains Seremban atau nama baharunya, Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (SASER) bermula pada tanggal 
7 Februari 2011. Sekarang sudah hampir empat bulan kami di sini.


Masuk tahun ini, umur  sekolah menengah sains ini baharu sedekad. Namun, prestasinya tidak boleh dipandang enteng apabila namanya mula  naik pada tahun 2006 yakni pada tahun kelima sekolah ini wujud, iaitu dengan pencapaian SPM terbaik pada tahun tersebut. Tapak sekolah ini juga sebenarnya merupakan bekas tapak Sekolah Menengah Sains Dato' Abdul Razak atau dikenali sebagai SDAR.


Kini, tanggungjawab kami pula meneruskan tradisi tersebut, menjadikan SASER sebagai yang teratas di antara semua sekolah-sekolah di Malaysia. Kami bersyukur dengan keprihatinan para guru serta rasa saling bertanggungjawab antara semua warganya. Insya-Allah yang dikejar tidak akan berlari lebih pantas waima semakin mendekat dan semakin merapati ke arah kami.


SASER Namamu Teratas,
Takkan SASER Hilang Takhta.


Assalamualaikum.