Tuesday 24 May 2011

Mac itu



Pagi itu kami (first intake) asyik tertinjau-tinjau keadaan di luar apabila mendapati ada muka-muka baru berkeliaran di kawasan luar kelas kami. Setelah dimaklumkan oleh bibir seseorang yang entahlah milik siapa, barulah kami tahu mereka semua pelajar-pelajar yang baru mendaftar. Alangkah seronoknya kami kala itu apabila dapat mengetahui bahawa kelas kami akan bertambah lagi bilangan ahlinya daripada angka 25 kepada angka 29. Nampaknya semakin sardinlah kelas kami yang kecil dan semestinya sempit itu.


Keesokan harinya, kami melihat ada empat orang sedang asyik berkepit-kepit sesama mereka di hujung barisan kelas kami sewaktu perhimpunan pagi. Aku bertanya pada mereka nama yang orang tua mereka kasi. Salah seorangnya, Alif Haziq. Pada waktu itu, aku lihat dia kelihatan agak 'poyo' dan wajahnya menunjukkan dia seperti tidak mahu bersahabat. Aku biarkan sahaja dia di situ lalu berkenal-kenalan pula dengan tiga orang lagi pelajar baru. Amirul Asyraf Azman dan Amirul Asyraf Zainal, nama yang sama tetapi berbeza keturunan. Satu kelas terkejut dengan kebetulan itu. Asyraf Azman datang dari Kajang dan dia pernah belajar di sebuah sekolah di Amerika Syarikat dalam tempoh beberapa tahun. Bangganya kelas kami. Asyraf Zainal pula datang dari SMK Seremban Jaya. Badan dia agak tough juga. Namun, apabila di dalam kelas aku pun tanya dia, "Main sukan apa?" Dia menggeleng. "Rugbi?" Geleng juga. Tapi tak mengapa, dia juga rajin ambil gambar macam saya. Itu sudah dikira terbaik.


Seorang lagi, Hafiz Adnan namanya. Dia dahulu sekolah Cina. Jadi, selalu jugalah kami belajar Bahasa Cina dengan dia. Wo Ai Ni...


Sejak hari itu, saya mula sedar. Kita tidak boleh menilai seseorang berdasarkan kekacakan pada wajah seseorang ataupun kecantikan seseorang. Kadangkala seorang manusia yang hodoh lebih baik dan bijak daripada si kacak yang bodoh. Nampak? Semasa orientasi seminggu tempoh hari, saya memang mempunyai perasaan seperti itu. Alangkah ruginya. Terutamanya sewaktu memilih kata-kata sorak kelas, semuanya berebut hendak tunjuk pandai, masing-masing cipta sorak sendiri. Akhirnya, kami sepakat juga memilih salah satu daripadanya. Sebab apa? Sebab yang baik itu datang kemudian dan ia, pasti akan datang. Kerana, yang buruk-buruk itu semuanya wujud kerana bagi menguji kita sama ada kita bersyukur ataupu tidak.


Saya bersyukur dengan kehadiran insan-insan baru di muka bumi SASER walaupun hati masih lagi rindu dan terpaut pada sekolah lama. Tidak salah, bukan? Cintakan luas. Makna cinta itu banyak. Moga kita dirahmati Tuhan. Amin.


Khair Zawawi

No comments: